embamnyer

Friday, 7 November 2008

kemana kita....

assalamualaikum.....
Kemana kita....?
kemana kita selepas ini?
kemana kita esok harinya?
kemana kita seminggu ini?
kemana kita sebulan ini?
kemana kita tahun ini?
Dan seterusnya....
balik umah?study?kje?kawin?ade anak?ade cucu?
Sehinggalah korang semua sampai pada jawapan yg terakhir..
Apa penghujung hidup korang yg terakhir?

kat sni de info sikit......
Hari tu aku terbace satu artikel yg menarik
ade part2 yg ingin aku share kat korang smua.
untuk full artikel,korang boleh link ke:http://members.tripod.com/tibbians/ilham2.pdf
kenape tibe2 aku nk story benda ni eik?
hmm..mungkin kita smua akan merasanya nanti....
same2lah kita renungkan...


TANDA-TANDA KEMATIAN

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa
Allah swt tidak menyatakan secara jelas tentang tanda-tanda
kematian.Al-Quran hanya menyatakan tanda-tanda yang bersifat
umum iaitu terhenti pergerakan dan percakapan bagi orang yang
mengalami kematian.Adapun tanda yang disebut didalam hadis
iaitu syukhus al-basor (terbuka mata)adalah salah satu tanda yang
disebut oleh Rasulullah s.a.w apabila dicabut roh
.Sebagaimana
hadis Ummu Salamah menceritakan,Rasulullah s.a.w menziarahi
Abu Salamah ketika kematiannya dan didapati matanya terbuka
lalu Rasulullah s.a.w memejamkannya dan bersabda:

(Yang bermaksud:Sesungguhnya roh apabila dicabut akan diiringi
dengan penglihatan mata terhadapnya(menyebabkan mata
terbuka)
27
27 Hadis riwayat Muslim,kitab al-jana’iz



Para Fuqaha telah membincangkan beberapa tanda-tanda
lain apabila seseorang di datangi kematian untuk memudahkan
dalam membuat ketetapan hukum-hukum lain yang bersangkutan
dengan si mati dan warisnya seumpama harta pusaka,hutang dan
pengurusan jenazah ke atasnya.Di antara tanda-tanda yang disebut
oleh Fuqaha ialah:

kedua tapak kakinya melurus,hidungnya mula
condong kebawah,mula mengecut kedua pelipis antara telinga dan
matanya dan menjadi terik kulit kedua testisnya.


Imam Az-Zaila’iedalam karangannya Tibyan al-Haqa’ik dan Imam An-Nawawi
dalam Al-Majmuk menyebut beberapa tanda lain yang telah disebut
oleh Imam As-Syafie iaitu kedua pergelangan tangan si mati mula
terpisah dan kulit mukanya menjadi terik.
Berkata Al-Kharsyi:apabila seseorang di datangi kematian,maka akan jelas
nampak beberapa tanda iaitu si mati sudah mula tidak
bernafas,kedua bibir mulutnya tidak tertutup rapat,kedua tapak
kakinya melurus ke bawah dan tidak tegak serta kedua matanya
terbuka seolah-olah melihat sesuatu.28
Sekiranya terdapat tanda-tanda yang disebutkan di atas
maka boleh dihukumkan bahawa seseorang itu telah mati dan boleh
dijalankan ke atasnya segala hukum yang berkaitan dengan
mayat,namun dalam beberapa situasi yang lain seumpama
seseorang yang di datangi kematian dengan terkejut (faj’ah) atau
mati disambar petir(mash’uq) hendaklah ditunggu beberapa ketika
untuk memastikan bahawa orang tersebut telah mati.

28 (Al-Kharsyi,Kitab al-jana’iz,halaman 122)
subhanallah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home