Adakah Cinta Perlukan Sebab?
Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memangmenyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abangsayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abangmemang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi.
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk sura tkepada isterinya yang disayangi.Suratitu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surattersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatanaku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu akutidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Cinta memerlukan sebab.......?
3 Comments:
cinta x semistinya perlukan sbb, ianyadatang dari hati kita secara fitrah nya, cuma apabila kita dah jatuh cinta baru lah kita tercari apa sebabnya kita jatuh cinta pd seseorang, kecuali cinta kita pd Allah S.W.T saje yang tampa sebab kerana setiap daripada kita wajib mencintai Allah tampa perlu mencari sebabnya
cinta memang x perlu sebab....
tapi bila ia dianggap x sempurna...ia memerlukan sebab...kita tanya diri kita kenapa perlu ada cinta...jika kita tiada jawapan...ini lah yang dikatakan cinta yang memerlukan sebab...
renung2kanlah
Cinta...
Cinta padaNya lebih kekal selamanya.....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home