embamnyer

Tuesday, 25 November 2008

Seorang kawan....




Korang ade kawan?
Aku de kawan gak!!
Ni citer psl kwn2 aku....

Kawan 1,
Ske order Milo ais..
Xske mkn sayur..
Kalo mkn kat kedai,die xkn mintak makanan yang de mee..
kate nye..
"Aku pernah kerja kat kedai makan,aku taulah..mne ade diorg bsuh...."
Huhuhu...

Kawan 2,
Ske teh ais..
Xske syur gak!!...
Ske makan ikan keli...
Tiap kali g mkn kat kdai,die crik ikan keli dulu..
Tp,kalo kat kdai mamak,die xamik ikan keli..
Kata nye..
"Ikan keli kat kedai mamak ni cm xmasak la,lembik je..."
Dasyat deria rase minah ni...

Kawan3,
Bab makan,xcerewet sgt kot....
Yang best psl die...
Kalo de lagu baru2,cepat jek die tahu...
Kembara dan die xleh dipisahkan...
Dengar citer nk jual kembara?Ye ke?
Sayang maaa....
Banyak kenangan kita bersama kann...
Iskh...

Kawan 4,
Kalo korang nk tahu...
Mse prktikal ni lah bru aku kenalhati budi die...
Dulu xrpt sgt......Walaupun...Ktorg sme clss...
Hehehe..
Bab makan ok...
Tp..
Xtaulah kalo die de elergic ke...
Tp,yg pasti...
Aku leh msuk gk ngn die ni...
Wahwah...

Kawan 5,
Anak tunggul..eh silap!!Anak tunggal..
Die xleh kalo xde spek mate..
Katanye...
"Aku xnmpak r..ko tulis pe tu?
Laaa..patut la,aku lpe pkai spek..
hahaha..."
Yg pasti,die ske gelak..
Xtau la plak aku kalo bnde tu lawak ke x...
Hahahaha..

Nnti de mse aku tmbah eik kwn2 aku nyer citer...
So..
Chill Out!!!!

Wednesday, 19 November 2008

Sayang....

Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh
Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu"
rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak,
hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak
hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.


Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl,
putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's
a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.


Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.


Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkandinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian
dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.


Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.



Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong
selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.



Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.


"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
pada Zakri .


"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa.


"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.


"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,Nisakan
isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri.


"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak
ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi
Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.
Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.


"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri,
suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau
apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu
opis
ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.


"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya
bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur
dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam
darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.


"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.


Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif. KalauZakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya.


Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala
Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.


Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.



Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.


Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri.



Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun
hari dah mula gelap, takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba
Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku
penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker" marah Zakri.


"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang saja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.



Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas
masih lagi dan membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.




Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je...." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah café.



"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya
laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.


"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.


"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan.


"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu... nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.



"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.



"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.



Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri.



"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari


"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.



"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.



"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.



"Alah jom ler cepat" desak Zakri.



"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.


Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa
Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak
kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah
mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat
sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam....



"YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...


"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning
di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah
ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak
mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi
dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca
diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat
menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari
yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.



Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya.


Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa... "YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros
merah yang telah kering... membuat Zakri tertarik untuk membacanya...



Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"



Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..


Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?



Abang... mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang.......Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.



Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.


Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.



Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang... Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun
kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah
pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan
Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar
kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa
nanti bila memandang kembar kita.


Comel anak kita bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.



Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.


Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN
KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.



Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini
jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.


Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.



"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa
sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.



Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.



Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.



Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri
bangun Zakri... dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long, abang ipar Zakri.



Dari jauh Zakri lihat emakdan kakak ipar mengendung kembar.
Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan
mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah...
emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu l
emah meninggalkan pusara Nisa...






Wednesday, 12 November 2008

Akhlak Rasullullah

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu
membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda
menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh
Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW'
terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau
itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terim
kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka
bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali
pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara
kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."Begitulah
akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian
seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?. Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
WALLAHUA'LAM

Tuesday, 11 November 2008

Adakah Cinta Perlukan Sebab?

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memangmenyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abangsayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abangmemang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi.
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk sura tkepada isterinya yang disayangi.Suratitu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surattersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatanaku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu akutidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Cinta memerlukan sebab.......?

misteri bola golf

Amran berumur 13 tahun adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri.
Bapanya seorang polis pencen, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala
ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 6 tahun. Tinggal lah Amran dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amran berjaya didalam pelajaran. Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amran mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM. Suatu petang bapanya memanggil Amran. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?" Amran hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola golf aje bapak." Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola golf.

Masa kian berlalu, kini Amran mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amran mahukan. Amran masih tetap mahukan 2 biji golf. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amran 2 biji bola golf.

Semasa di university, Amran terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola golf dari bapanya. Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang balance, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amran makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amran mahukan. Amran masih tetap mahukan bola golf. "Kau ni, asik2 bola golf! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor" Namun, Amran tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amran, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU. Bapa Amran amat terperanjat dengan kemalangan tersebut. Semasa di ICU, bapanya menjaga Amran dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amran tadak harapan nak sembuh, lalu Amran mengeluarkan kesemua bola golfnya dan menyerahkan pada bapanya. "Bapak... ameklah bola golf yang saya simpan ni...." kata Amran kesakitan. "Amran, selama ni ko asik mintak bola golf aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya "Sebenarnya ada misteri disebalik bola golf ini..." kata Amran "Apa dia" tanya bapa Amran Tetapi belum sempat Amran memberitahu meisterinya, Amran menghembuskan nafasnya yang terakhir... Bapa Amran menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya. Apakah misteriya? Anda nak tau????


Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Golf dan akan menjadi misteri selamanya.

Sunday, 9 November 2008

Hai....Makin Lama Makin Seram....

Siri terbaru yang menggantikan drama Kekasih ku Seru di slot TV3.


Telah menemui anda di kaca tv..
So,papehal,,
kita Layannn.......

Jom Layan Novel

novel....
suke bace novel?
kalau xsuke,aku akan wat korang suke bace novel...hehehe..
so,kat sini ade beberapa novel yg aku nak share ngn korang smua...
novel ni dah lme kat pasaran tp telah dicetak berulang kali kerana
kualiti novel tersebut yang membuatkan ia laris dipasaran dan
dijadikan koleksi peribadi...
aku pon de gk koleksi novel2 ni...
syok gk bace novel2 ni.
kiranya boleh layan lah jugak..
smua novel ni adalah dari alaf 21.
so..slamat membace...

Sinopsis: Kau Yang Satu (Nia Azalea)



Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.
Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?





Sinopsis: Sepi tanpa cinta(Damya Hanna)

HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!
Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


Sinopsis: Bicara Hati(Damya Hanna)





DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia

Sinopsis: Biar Rindu Berlalu(Sharifah Abu Salem)




Tema kekeluargaan ini pasti menyentuh perasaan anda apabila janda dan duda menagih kasih sedangkan anak-anak tidak bersetuju jika mereka berkahwin. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.Masing-masing menafikan hak bahagia kedua-dua orang tua itu. Sengketa mereka berpanjangan, saling membenci dan melukakan.




P/S : aku dh bce novel ni berulang kali...xbosan...
cube lah....

Friday, 7 November 2008

kemana kita....

assalamualaikum.....
Kemana kita....?
kemana kita selepas ini?
kemana kita esok harinya?
kemana kita seminggu ini?
kemana kita sebulan ini?
kemana kita tahun ini?
Dan seterusnya....
balik umah?study?kje?kawin?ade anak?ade cucu?
Sehinggalah korang semua sampai pada jawapan yg terakhir..
Apa penghujung hidup korang yg terakhir?

kat sni de info sikit......
Hari tu aku terbace satu artikel yg menarik
ade part2 yg ingin aku share kat korang smua.
untuk full artikel,korang boleh link ke:http://members.tripod.com/tibbians/ilham2.pdf
kenape tibe2 aku nk story benda ni eik?
hmm..mungkin kita smua akan merasanya nanti....
same2lah kita renungkan...


TANDA-TANDA KEMATIAN

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa
Allah swt tidak menyatakan secara jelas tentang tanda-tanda
kematian.Al-Quran hanya menyatakan tanda-tanda yang bersifat
umum iaitu terhenti pergerakan dan percakapan bagi orang yang
mengalami kematian.Adapun tanda yang disebut didalam hadis
iaitu syukhus al-basor (terbuka mata)adalah salah satu tanda yang
disebut oleh Rasulullah s.a.w apabila dicabut roh
.Sebagaimana
hadis Ummu Salamah menceritakan,Rasulullah s.a.w menziarahi
Abu Salamah ketika kematiannya dan didapati matanya terbuka
lalu Rasulullah s.a.w memejamkannya dan bersabda:

(Yang bermaksud:Sesungguhnya roh apabila dicabut akan diiringi
dengan penglihatan mata terhadapnya(menyebabkan mata
terbuka)
27
27 Hadis riwayat Muslim,kitab al-jana’iz



Para Fuqaha telah membincangkan beberapa tanda-tanda
lain apabila seseorang di datangi kematian untuk memudahkan
dalam membuat ketetapan hukum-hukum lain yang bersangkutan
dengan si mati dan warisnya seumpama harta pusaka,hutang dan
pengurusan jenazah ke atasnya.Di antara tanda-tanda yang disebut
oleh Fuqaha ialah:

kedua tapak kakinya melurus,hidungnya mula
condong kebawah,mula mengecut kedua pelipis antara telinga dan
matanya dan menjadi terik kulit kedua testisnya.


Imam Az-Zaila’iedalam karangannya Tibyan al-Haqa’ik dan Imam An-Nawawi
dalam Al-Majmuk menyebut beberapa tanda lain yang telah disebut
oleh Imam As-Syafie iaitu kedua pergelangan tangan si mati mula
terpisah dan kulit mukanya menjadi terik.
Berkata Al-Kharsyi:apabila seseorang di datangi kematian,maka akan jelas
nampak beberapa tanda iaitu si mati sudah mula tidak
bernafas,kedua bibir mulutnya tidak tertutup rapat,kedua tapak
kakinya melurus ke bawah dan tidak tegak serta kedua matanya
terbuka seolah-olah melihat sesuatu.28
Sekiranya terdapat tanda-tanda yang disebutkan di atas
maka boleh dihukumkan bahawa seseorang itu telah mati dan boleh
dijalankan ke atasnya segala hukum yang berkaitan dengan
mayat,namun dalam beberapa situasi yang lain seumpama
seseorang yang di datangi kematian dengan terkejut (faj’ah) atau
mati disambar petir(mash’uq) hendaklah ditunggu beberapa ketika
untuk memastikan bahawa orang tersebut telah mati.

28 (Al-Kharsyi,Kitab al-jana’iz,halaman 122)
subhanallah

Tuesday, 4 November 2008

tengok tol2..







cool huh!!

Hello,
I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to a rscheearch
at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer inwaht oredr the ltteers in
a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be
in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it
wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey
lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh and I awlyas
thought slpeling was ipmorantt.

cool huh!